Thursday, March 6, 2014

Benjolan mungkin petanda kanser

Dang Setia
Doktor Sakit Tuan
Dr. Ismail Thamby 


Mungkin ada antara anda pernah atau kini mengalami benjolan, ketulan atau ketumbuhan di celah kelangkang atau pada buah zakar. Berdasarkan e-mel yang saya terima, saiz ketulan berbeza-beza. Ada kes ketulan bersaiz seperti mata ikan, malah ada yang sebesar bola golf.

Namun, sebahagian besar lelaki biasanya bersikap endah tak endah mengenai sebarang perubahan kecil pada anggota badan, terutama apabila berkaitan bahagian alat sulit.

Apabila ia mula membesar sehingga menimbulkan ketidakselesaan, baru mereka mula bimbang. Nasihat saya, segera berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah berkenaan.

Ini kerana dikhuatiri ketulan atau benjolan itu perubahan prakanser atau tanda awal penyakit berbahaya.

Sebaik-baiknya segera merujuk kepada doktor pakar kerana ada kalanya penyakit itu boleh mengancam nyawa jika berada pada tahap kritikal dan tidak boleh diselamatkan lagi.

Bagi kebanyakan kes yang saya kendali, ramai lelaki tidak mengambil berat ketulan di buah zakar sehingga ia benar-benar jelas kelihatan atau membesar. Selepas benjolan atau ketulan berkenaan diperiksa, ternyata ia kanser buah zakar.

Oleh itu, pemeriksaan sokongan seperti ujian imbasan akan dilakukan doktor untuk mengetahui kandungan benjolan berkenaan dan selepas itu baru dapat dipastikan sama ada ia berbahaya atau tidak.

Seperkara lagi, walaupun negara kita boleh dianggap maju dan moden, masyarakat masih percaya bomoh dan dukun.

Bukan hendak menafikan keupayaan perubatan tradisional untuk mengendalikan masalah kesihatan, tetapi sebaik-baiknya anda perlu merujuk kepada rawatan saintifik jika berdepan masalah benjolan di celah kangkang atau buah zakar.

Perlu diingat, jangan ambil mudah jika anda berdepan masalah seperti ini. Segera mendapatkan rawatan dengan doktor bertauliah dan diiktiraf bagi menjamin rawatan selamat.
 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

harian metro 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget