Thursday, March 6, 2014

Keluar lendir nanah campur darah

Dang Setia
Doktor Sakit Tuan
Dr. Ismail Thamby
 
Saya mendapati ada lendir keluar daripada zakar suami seperti nanah tapi cair. Selain itu, air maninya bercampur darah yang berwarna coklat gelap, seolah-olah dia memancutkan darah dan bukan air mani.
Sejak akhir-akhir ini, dia memberitahu turut berasa sengal-sengal pada buah zakar.  
 
ISTERI RISAU
Klang


Tahniah kerana menjadi isteri prihatin tetapi lebih elok jika suami puan sendiri bersuara. Tanpa pemeriksaan doktor, masalah sebenar sukar dipastikan.

Berdasarkan keterangan anda, mungkin ada jangkitan salur kencing kerana lelehan seperti nanah keluar dan kemungkinan jangkitan itu menular ke bahagian dalaman dan merebak ke pundi prostat.

Ini kerana air mani yang sebenar mengandungi banyak cecair daripada pundi prostat dan kelihatan berwarna coklat. Ini petanda kesan keradangan dan ia menular ke buah zakar sehingga suami rasa sakit.

Jika dibiarkan dan kebetulan masalahnya akibat jangkitan, dia boleh mengalami kerosakan kilang sperma dan mungkin boleh jadi mandul. Segera dapatkan rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget